Memang terlalu lama tak bertutur dalam Bahasa Melayu. . . pelik rasanya =) Sudah menjangkau 2 tahun saya tak mengucap sepatah pun kata BM. Sukar saya bayangkan ketika saya lebih fasih dlm BM berbanding dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Walaupun berbangsa cina, namun saya hadir ke sekolah Melayu pada zaman sekolah rendah; oleh itu saya tak pernah mempelajari subjek BC. Mummy dah berusaha menghantar saya ke kelas tambahan BC namun saya berdegil dan sering menangis ketika dipaksa membuat kerja rumah BC… (well - according to Mummy because I don’t remember being so naughty) nakalnya anak gadis ini… akhirnya Mummy pun mengalah dan biarkan ajelah..
Akibatnya, apabila dipaksa ke sekolah (majoriti) Cina menengah, saya tak dapat (atau enggan - haha sifatku yang degil terserlah lagi xD) bertutur dlm bahasa Cina. Rakan2 sekelas berucap dlm bahasa Cina, saya pula menjawab dlm bahasa Melayu… macam anak itik dengan katak!! (ey peribahasa baru). Walaupun kadang2 memang sukar berkomunikasi namun setelah sekian lama, kami semua membiasakan diri dengan aturan sebegini hehe… Keuntungannya? Kebanyakan rakan2 sekeliling menganggap saya sebagai ‘lalat di dinding’ apabila berbincang perkara2 sulit dlm bahasa Cina! wahaha…. sayalah yang menjadi penyimpan rahsia-gosip semua!
Kini saya dah berusaha membaiki pertuturan BC…. Dengan bangganya saya mengumumkan bahawa setelah bertekun mendengar lagu2 Cina dan menghafal liriknya saya kini boleh membaca BC tetapi tulisan BC masih macam rojak xD ha ha.. apalah…janganlah ketawa….. susah nak tulis BC tau… that’s why we have pinyin and global IME anyway! ! ! and the important thing is I can read well enough to sing Karaoke.. haha xD
OK lah.. setakat ini jelah belog saya hari ini…. rasa2nya hampir semua orang takkan faham sepatah pun yang saya katakan di atas. but that’s okay.
<3 Bi
p/s testing to see how badly my Malay has been eroded xD Sorry to all who don’t have a clue what I’m blabbering on about!